STREET DAKWAH merupakan sebuah NGO yang bermula dengan program Kembara Ilmu @ Ipoh - iaitu berusaha membawa asatizah popular ke sekitar Ipoh menyampaikan ceramah-ceramah di masjid, surau atau institusi-institusi kerajaan dan bukan kerajaan. Kemudian aktiviti kami berkembang kepada beberapa bentuk aktiviti dakwah lain di sekitar Perak yang mencakupi tema dakwah, kebajikan dan mahabbah. Bermula sekitar tahun 2000 hingga kini  kami terus bergerak di dalam masyarakat mengumpulkan tenaga dan dana bersama NGO-NGO lain serta individu yang berminat untuk turut serta.